Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. Dalam kenyataannya, Baru menganggap tindakan itu sebagai pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1963 yang membolehkan Sabah dan Sarawak menganggotai Malaysia."Ia bukan sahaja pencabulan terbuka terhadap hak orang Kristian yang termaktub dalam pelembagaan tetapi bertentangan dengan provisi dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963.“Sebagai rakyat beragama Kristian di Sarawak, kita diberi jaminan bahawa hak kebebasan agama sebelum Sarawak menyertai Malaysia" kata Baru. Menurut beliau yang juga seorang peguam, sepucuk surat bertarikh 12 Januari 2lalu mengenai penahanan itu oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran negeri Sarawak menyatakan rampasan itu dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Tindakan selanjutnya menanti keputusan Menteri Dalam Negeri. Sebelum ini KDN turut merampas 5,000 kitab Injil Bahasa Melayu di Pelabuhan Klang dan telah menahannya sejak tahun lalu.
Menurut Baru, hal ini tidak dapat diterima masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak dan mahu Najib bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan persekutuan.
"Beliau (Najib) tidak boleh memberi sebarang alasan bahawa 'Napoleon Kecil' yang menyebabkan masalah ini," katanya.
Menurut Baru masyarakat Kristian di negara ini, terutamanya di Sarawak harus menghantar mesej tegas dengan mengubah kerajaan pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang.
My link
Google Translate :
Chairman of the PKR Sarawak, the New Bian slammed Prime Minister Najib Razak and Home Affairs Ministry for orchestrating the arrest 30 thousand copies Malay version of the Bible in the Port of Kuching since last January. In fact, Just think the action is a violation of the rights of Christians in Sarawak and the failure of Putrajaya uphold religious freedom enshrined in the 1963 Federation Treaty that allows Sabah and Sarawak to the Malaysian. "It is not only an open violation of the rights enshrined in the institutionalization of Christianity, but against with the provisions and conditions of the Malaysia Agreement of 1963. "As a Christian people in Sarawak, we are assured that the right to freedom of religion before joining Malaysia Sarawak," said New. He is also a lawyer, a letter dated January 12 and the detention by the Publications Control and Al-Quran Text Sarawak state seizure was made under section 9A, 17 and 18, the Printing Presses and Publications Act 1984. Pending further action the Minister of Home Affairs. Prior to this, the ministry also confiscated 5.000 Malay Bible in Port Klang and hold since last year.
According to the New, this is not acceptable to the Christian community in Sabah and Sarawak and want Najib as the lead federal government.
"He (Najib) could not give any reason that" Napoleon the Small "is causing the problem," he said.
According to the new Christian community in this country, particularly in Sarawak should send a firm to change the government in the state election and the next general election.
p/s : New- Baru (name) . Baru is the person , a Chairman of the PKR Sarawak (state )